Thursday, April 17, 2014

Saya Dan Apa Yang Saya Makan


Sejarah aku mula start berkecimpung dalam pengambilan supplement masa zaman uitm dulu. ada promoter kat guardian suruh aku makan EPO and vitamin ACE. kadang2 makan kadang2 tak. tapi ni dah keje ni kena rajin la amik supplement ni kalau tak nanti lemau je aku nak bertarung dengan kerja selama 9 jam kat office tu. so sekarang, ini antara supplement yang aku makan untuk sihat n perkasa.

Cinch Chocolate Shake Mix
  • aku minum cinch ni memang untuk body shape up. so pagi2 akan merajinkan diri bancuh cinch ni dengan low fat milk. dah siap bancuh guna shaker bawa masuk dalam kereta pastu dah sampai parking kat tmpat kerja baru la minum. orang lalu lalang depan kereta selalu gak la tengok amende la budak ni buat dalam kereta tu? cinch + low fat milk ni memang dijadikan breakfast aku hari-hari. masuk office minum air masak je. lunch baru makan. lagipun tengah buat calories counting. hehe. 
Lecithin
  • lecithin ni pula makan  lepas lunch sebab nye nak bagi pecah semua lemak-lemak mknan yg dah makan masa lunch tadi tu kan. lecithin ni bau dia sedap. macam bau coklat pun ada gak. tiap kali buka botol dia mesti nak amik bau dulu pastu baru telan. lazat wo
Omega
  • yang ni makan lepas makan malam bagi terbakar lemak yang dah kena pecah siang tadi tu. kalau sape2 nak cepat slim tu better amik lecithin n omega sebab lagi cepat proses singkir lemak.
Alfalfa
  • korang penah tak tengok citer Little Rascals? kalau tak pernah sila cari kat YouTube. ada satu watak nama Alfalfa. tapi yg aku makan bukan Alfalfa tu tapi ni alfalfa tumbuhan ye. bukan orang. aku bukan canibal. Alfalfa ni bau dia perghhh memang tahan jela. orang kata beauty is pain kan? so telan je. Alfalfa ni aku makan lepas lunch and lepas dinner. fungsi dia nak bagi flush semua lemak yg kena pecah n kena bakar tu. takde la lemak-lemak ni terperap dalam badan tu. 
Ostematrix
  • yang ni bau paling best. bau dia sama mcm esp or bau susu la senang cakap. dah nama pon Ostematrix ni banyak calcium kan so bau susu la dia. yang ni baru je start makan bulan ni. makan sebelum tido. dulu masa kerja kat Instep pernah check bone density memang kepadatan tulang aku tak padat langsung. so bila dah makan Ostematrix ni harap-harap tulang ni padat semula la. kalau tak nanti umur 40 aku dah terbongkok-bongkok pulak.
gigih tak aku makan supplement? hahaha kalau nak yang macam aku makan ni boleh order dengan aku. whatsapp je 012-3765617(bazilah)